Sunday 6 September 2015

SELAMAT DATANG KE LAMAN SHAFIKA MUSHROOM



Assalamualaikum 

 kepada pengunjung laman 
SHAFIKA MUSHROOM



SHAFIKA MUSHROOM merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Islan bin Ishak serta dibantu oleh anak perempuan beliau iaitu Norain binti Islan.


SHAFIKA MUSHROOM telah menjalankan operasinya dalam bidang penanaman cendawan selama 7 tahun dan nama SHAFIKA MUSHROOM telah berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 14 November 2015.

Kini, operasi penghasilan Cendawan Tiram Kelabu dilaksanakan di Lot 2903, Lorong Beringin, Batu 17 48050 Rawang, Selangor. Shafika Mushroom mampu menghasilkan Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Lingzhi, Cendawan Telinga Kera dan Cendawan Putih. 


Selain itu, kami juga membekal peralatan cendawan seperti :-

Benih Cendawan Tiram Kelabu

Bongkah Cendawan

Penutup dalam pelbagai jenis

Leher pada bongkah cendawan

Plastik 

Shafika Mushroom juga telah menghasilkan Tepung Shafika. Pengeluaran tepung shafika adalah satu produk yang unik dan ia tidak berminyak apabila digoreng dengan cendawan, ayam atau makanan seafood. Penggunaan tepung shafika adalah amat sesuai kepada peniaga yang mempunyai kiosk menggoreng mahupun peniaga pasar malam. Tidak ketinggalan kepada mereka yang ingin menjadi distributor kami bagi menjana pendapatan samping.
  
*Kepada mereka yang berminat untuk mencuba menanam cendawan dalam kuantiti yang sederhana. Boleh call atau mesej kepada Islan bin ishak 012.295.1144 atau 012.645.5921.